Karier Choi Ye-na

Pra-debut

Dia adalah bekas pelatih Polaris Entertainment sebelum menyertai Yuehua Entertainment. Yena ialah hos untuk SBS Cooking Class pada tahun 2017.[4]

2018–2021: Produce 48, Iz*One, aktiviti solo

Rencana–rencana utama: Produce 48 dan Iz*One

Dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2018, Yena (bersama ahli Everglow Kim Si-hyeon dan Wang Yiren) mewakili Yuehua Entertainment dalam rancangan realitu kumpulan wanita Produce 48. Dia akhirnya menduduki tempat keempat dan memulakan debut dengan Iz*One. Album mini pertama mereka Color*Iz telah dikeluarkan pada 29 Oktober 2018, dengan "La Vie en Rose" menjadi single utamanya.[5][6][7]

Selepas debutnya dengan Iz*One, Yena menjadi ahli untuk Prison Life of Fools, bersama JB Got7, Jang Do-yeon, Jeong Hyeong-don dan ramai lagi.[8]

Pada 21 Disember 2020, Yena diumumkan sebagai salah seorang pelakon untuk rancangan misteri aneka ragam Girls High School Mystery Class. Rancangan ini ialah rancangan aneka ragam asli pertama TVING.[9]

Pada 24 April 2021, Yena diumumkan sebagai salah seorang pelakon untuk Idol Dictation Contest TVING.[10][11]

Dia juga akan menjadi sebahagian daripada panel pengacara tetap untuk Fireworks Handsome tvN Story, bersama Lee Ji-hye dan Lee Mi-do, dan penggambaran episod pertama dan kedua telah selesai.[12][sumber tak boleh dipercayai?][13]

Pada 20 Mei, Yena mencipta akaun Instagram dan Twitter sendiri.[14]

Pada 27 Jun, dia mengambil bahagian dalam King of Masked Singer.

Pada 6 Ogos, Yena telah disahkan sebagai pengacara tunggal rancangan aneka ragam web Studio Waffle Yena's Animal Detective. Rancangan web ini mula disiarkan pada 24 Ogos.[15]

2022: Debut solo dengan Smiley

Pada 1 Januari, Yena mengumumkan melalui media sosialnya bahawa dia akan membuat debut solonya dengan album mini pertamanya Smiley pada 17 Januari.[16]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Choi Ye-na http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2018... http://en.koreaportal.com/articles/49114/20210424/... http://www.mnet.com/artist/2609488 http://program.tving.com/tvn/tvnmafia/6/Contents/H... http://www.kookje.co.kr/news2011/asp/newsbody.asp?... http://osen.mt.co.kr/article/G1111733019 http://m.mydaily.co.kr/new/read.php?newsid=2021052... http://www.topdaily.kr/news/articleView.html?idxno... http://www.topstarnews.net/news/articleView.html?i... http://www.topstarnews.net/news/articleView.html?i...